Jurgen Klopp berkata jurulatih Brazil, Tite, mahu juara dunia lima kali itu bermain seperti Liverpool.

Tite telah berjaya menaikkan semula semangat Brazil, dengan membantu pasukannya meraih sembilan kemenangan sejak dilantik untuk membawa pasukan dari Amerika Selatan selaku yang pertama layak ke Piala Dunia Russia 2018.

Brazil membelasah 4-1 sebelum menewaskan Paraguay 3-0 dalam aksi perlawanan antarabangsa, dengan Roberto Firmino dan Philippe Coutinho antara pemain yang menerajui jentera serangan skuad kendalian Tite.

Dan Klopp mendedahkan Brazil sedang cuba mengikut taktikal serangan yang diterapkan oleh Liverpool, yang bakal berdepan Everton dalam aksi Liga Perdana Ingggeris (EPL), malam ini.

"Tite gemar dengan gaya permainan kami -- kami sering berhubung dan saya yakin beliau cuba membuat sesuatu yang sama," kata Klopp.

"Kami ada bertukar pendapat, tetapi kerana masalah komunikasi, tetapi ada seorang staf yang fasih berbahasa Inggeris memberitahu bahawa Tite menggemari gaya permainan kami."

Firmino mengetuai jentera serangan Brazil dalam dua aksi kelayakan zon Amerika Syarikat ketika bertemu Uruguay dan Paraguay.

Penyerang itu berjaya menyerlah dalam kedua-dua perlawanan, bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik ketika Brazil dikendalikan oleh Dunga -- yang telah dipecat selepas tersingkir awal dalam saingan Copa America Centenario.

"Ini merupakan sesuatu yang baik buat Firmino dan terutama sekali buat Coutinho. Dia telah menjaringkan gol yang cantik. Dalam perlawanan kedua, gandingan ini bermain dengan baik dan saya berharap ia dapat diulangi dalam perlawanan berdepan Everton."