Bradley ikrar untuk kekalkan jawatannya di Swansea

By Jannah Ali 9 December 2016
Bradley ikrar untuk kekalkan jawatannya di Swansea
Pengurus Swansea City, Bob Bradley, telah berikrar untuk terus berjuang bagi mengekalkan jawatannya.

Pengendali dari Amerika Syarikat itu menjadi pilihan untuk terus membimbing pasukan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) itu walaupun baru membawa pasukan itu selama dua bulan.

Swansea telah mengutip lima mata dalam tujuh perlawanan liga di bawah kendalian Bradley dan duduk di tangga tercorot liga selepas tewas 5-0 di tangan Tottenham, minggu lalu.

Mereka bakal menerima kunjungan Sunderland esok yang menawarkan peluang untuk Bradley mempertahankan kedudukannya sebagai pengurus dan bekas pengendali Amerika Syarikat itu berazam untuk mempertahankan jawatannya itu.  

"Setiap orang mempunyai peluang untuk melakukan perubahan jika mereka mahu tetapi jika anda cuba untuk berselindung, pemain pasti akan melihatnya," katanya.

"Jika saya memberitahu pemain untuk mempunyai keberanian, saya perlu mempunyainya juga. Ia adalah apa yang perlu ada.

"Saya akan terus berfikir dan bekerja dalam setiap cara yang mungkin untuk memastikan terus berada di samping pemain saya dan berkata, 'kami boleh melakukannya' dan saya tidak akan berhenti, saya akan terus berjuang.

"Jika sesetengah orang mahu mengkritik, itulah adalah perkara biasa. Ada beberapa orang yang mahu melihat saya keluar daripada pasukan sejak hari pertama kerana loghat saya. Mereka boleh melakukan apa saja kerana ia tiada kaitan dengan apa yang saya lakukan.

"Keputusan perlawanan adalah perkara yang penting, mereka mempunyai kesukaran untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi itulah yang membuatkan saya ke sini untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

"Saya tidak memikirkannya (kritikan). Apabila anda merupakan seorang pengurus, ia berkaitan dengan apa yang anda lakukan, dan ada perkara-perkara lain untuk diberikan tumpuan.

"Saya tahu setiap perkara yang saya lakukan akan diperkatakan dan ditulis tetapi saya berpegang kepada apa yang saya lakukan."

Bradley mengakui perlawanan menentang Sunderland kali ini akan menjadi perlawanan 'merebut piala' untuk Swansea.

Pengurus Swansea itu berkata: "Ia adalah perlawanan yang paling besar. Kami mempunyai beberapa orang yang sudah bersedia tetapi saya berasa ia sesuatu yang besar.

"Versi yang akan kami lakukan adalah untuk merebut piala yang terakhir dan kami mempunyai pemain yang telah bersedia untuk memberikan persaingan.

"Kami telah melalui tiga perlawanan di mana kami kelihatan lebih konsisten, kami ingin meneruskannya, tetapi kekalahan menentang Tottenham bermakna kami perlu melakukan sesuatu yang lebih sukar."

About Author

Jannah Ali

Comment