Bournemouth telah didakwa oleh Persatuan Bolasepak England (FA) berhubung isu anti-doping.

FA mengesahkan bahawa kelab Liga Perdana Inggeris itu bakal dikenakan hukuman atas dakwaan melanggar peraturan berhubung ketepatan informasi yang terkandung dalam maklumat 'club whereabouts'.

"AFC Bournemouth telah didakwa berhubung peraturan FA terhadap perihal anti-doping," kata satu kenyataan yang dikeluarkan FA, semalam.

"Kami mendapati kelab itu agal memastikan maklumat yang terkandung dalam 'Club Whereabouts' adalah tepat, sekaligus bercanggah dengan Peraturan 14(d).

"Bournemouth memiliki tempoh sehingga 23 Februari ini untuk memberi respons terhadap pertuduhan itu."

Manchester City telah dikenakan denda GBP35,000 kelmarin selepas mengakui melanggar peraturan sama.