12 Ogos 2017. Pastikan anda abadikan tarikh ini ke memori anda, sekiranya anda belum melakukannya.

Liga yang paling popular dan ditonton di seluruh dunia, Liga Perdana Inggeris, akan bermula sekali lagi untuk musim baru. Dan bersamanya, permainan bola sepak fantasi.

Waktu cuti ketika ini menyaksikan kedatangan pemain-pemain baru dengan potensi fantasi yang cukup tinggi. Beberapa contoh adalah seperti Mohamed Salah, Alvaro Morata, Alexandre Lacazette, Antonio Rudiger, dan Javier Hernandez. Ramai lagi bakal tiba khabarnya, dan kita akan teruskan analisa kita untuk membuat keputusan samaada untuk memilih mereka dalam pasukan fantasi masing-masing.

Adakah mereka akan berjaya dalam Liga Perdana Inggeris? Ada yang pernah kita lihat dahulu. Hernandez, misalnya, tidak mendapat waktu permainan yang konsisten bersama Manchester United. Salah pula gagal mendapat tempat yang tetap di Chelsea sebelum dia dipinjamkan ke Italy. Adakah mereka boleh berjaya untuk kali kedua, kini masing-masing di West Ham dan Liverpool? Kita hanya boleh tunggu dan lihat.

Pada waktu yang sama, kita juga mendapati beberapa pilihan yang popular sebelum ini kini di kelab baru. Romelu Lukaku, Wayne Rooney, Jermain Defoe dan Marko Arnautovic antara yang dikenali ramai. Mampukah mereka berjaya di persekitaran yang baru?

Bercakap tentang persekitaran baru, Ballr telah mengubah corak fantasi bola sepak dengan begitu drastic sekali. Mereka bakal meneruskannya lagi untuk musim akan datang ini sebagai Ballr 2.0. Kali ini mereka tidak hanya terhad kepada Liga Perdana Inggeris, tetapi merancang untuk terlibat dalam SEPULUH liga kesemuanya, termasuk Liga Juara-Juara. Mampukah kita sabar menunggu musim bermula?

Kalau difikirkan, menunggu sangat-sangat mencabar ketika ini. Oleh itu, apa kata kita memanaskan badan terlebih dahulu?

Rakan kongsi Platinum Ballr, iaitu La Liga, tengah mengadakan pertandingan di mana pemenangnya akan menonton permainan pertama liga La Liga musim baru di Sepanyol. Ya, SEPANYOL.

Bagaimana caranya? Apa yang anda perlu lakukan ialah daftarkan diri anda di halaman internet di sini, dan muat naik video anda mengucapkan “La Liga Santander is back” atau, sekiranya anda lebih gemar menggunakan Bahasa Sepanyol, “Vuelve LaLiga Santander”! Pastikan video anda cara kreatif. Video anda hanya perlu selama sepuluh saat sahaja. Jangan lupa kongsikan video anda di platform media sosial pilihan anda! Sepuluh saat sahaja, ingat!

Itu sahaja! Tiket penerbangan ke Sepanyol, tempat tinggal dan tiket stadium akan dihadiahkan kepada pemenang. Untuk perjalanan berdua!

Anda perlu pantas bertindak, tarikh tutup hanya dalam 6 hari lagi. Dan pastikan anda lakukan yang terbaik, kerana anda akan bertanding dengan peserta lain di seluruh dunia. Halaman pertandingan ada menunjukkan beberapa contoh video peserta yang lain.

Viva Espana!

P.S: Kita merancang untuk menyiarkan pelbagai artikel sementara menunggu musim bermula. Kita jumpa lagi tidak lama lagi!