Legenda pecut Jamaica, Usain Bolt, menyamakan bakat semulajadinya dengan penggempur Barcelona, Lionel Messi.

Juara lapan kali Sukan Olimpik itu bersara daripada lapangan berkenaan tahun lalu selepas melalui kerjaya luar biasa yang menyaksikannya merangkul 11 ​​gelaran dunia.

Ditanya sejurus aksi perlawanan persahabatan berakhir, Bolt menggambarkan dirinya sebagai peminat tegar Cristiano Ronaldo, namun mengenal pasti bakatnya menjurus kepada Messi kerana mereka berdua mendapat manfaat daripada keupayaan semulajadi.

"Messi sangat berbakat," katanya kepada Omnisport, bercakap di atas ihsan Hublot.

"Daripada apa yang saya pelajari dan dengari selama ini, Cristiano terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kedudukan seperti hari ini, saya dilahirkan dengan kelajuan dan berbakat besar (seperti Messi)."

Keinginan Bolt untuk bermain bola sepak secara profesional telah didokumentasikan dengan baik dan dia berpeluang membuktikan keupayaannya di Borussia Dortmund minggu ini apabila mengetuai sesi latihan Jerman.

Dia mara selangkah ke hadapan dan menggunakannya sebagai platform untuk membantunya mencapai impian sebenarnya -- bermain untuk Manchester United yang cukup diminatinya.

"Saya tidak tahu apa yang diharapkan (di Dortmund)," katanya.

"Seperti biasa, saya akan cuba yang terbaik. Saya mempunyai keazaman kuat apabila mahu menjayakan sesuatu, jadi saya akan memberi yang terbaik. Bagi saya, khidmat terbaik saya sudah memadai.

"Saya mahu bermain untuk Manchester United, untuk mendapatkan pandangan dan lihat sejauh mana ia akan pergi. Selepas tempoh percubaan nanti, barulah saya berpeluang untuk memberitahunya (Jose Mourinho) bahawa saya boleh melakukannya, saya boleh melakukannya."