Bilic tetap beri kepercayaan kepada Randolph

By Ryan Benson 12 December 2016 63
Bilic tetap beri kepercayaan kepada Randolph

Slaven Bilic berkata beliau tetap meletakkan kepercayaan kepada penjaga gol West Ham, Darren Randolph, walaupun dia melakukan kesilapan ketika seri 2-2 dengan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Randolph menghadiahkan Liverpool gol penyamaan pada awal separuh masa kedua apabila dia gagal mengeluarkan hantaran silang Sadio Mane dari kotak penalti sebelum penyerang, Divock Origi, mudah menjaringkan gol.

Tetapi Randolph mempamerkan aksi yang mantap pada penghujung perlawanan dengan menidakkan percubaan Jordan Henderson.

Randolph menyedari kesilapannya dan berharap perkara yang sama tidak akan berulang.

"Rakan sepasukan yang lain telah bekerja keras dalam perlawanan ini tetapi saya sangat kecewa kerana pasukan lawan dapat menyamakan kedudukan."

Bilic memahami situasi ini dan di sebalik kejadian itu, beliau memuji persembahan pemain berusia 29 tahun itu.

"Ia merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan," kata Bilic. "Di sebalik kesilapan itu, Randolph memberikan persembahan yang mantap. Saya gembira dengan persembahannya."

About Author

Ryan Benson

Comment