Slaven Bilic mendakwa memiliki bekas kapten Southampton, Jose Fonte, dalam pasukannya terbukti penting dalam mengesahkan kemenangan 3-1 di Stadium St. Mary.

Selepas Manolo Gabiadini meletakkan pasukan tuan rumah di depan, Andy Carroll, Pedro Obiang dan Mark Noble masing-masing meledak gol bagi membantu West Ham bangkit untuk mengutip tiga mata.

Perlawanan itu turut menyaksikan Fonte -- yang menyertai West Ham ketika jendela perpindahan Januari -- kembali ke kelab lamanya.

Bilic mengakui dia mengadakan perbincangan dengan Fonte bagi mencari resipi berkesan dalam mengekang asakan The Saints.

"Sudah tentu ia sesuatu yang bagus apabila kamu mendapat maklumat penting yang dapat membantu kami dalam perlawanan ini," Bilic memberitahu BBC Sport.

"Ia membawa makna besar buat Fonte untuk kembali ke sini dan beraksi dengan baik."

Fonte turut mengakui berasa penuh emosi apabila kembali ke St. Mary, namun dia menegaskan bahawa dia tidak menyesali keputusan untuk berhijrah.

"Saya sentiasa memberikan yang terbaik buat Southampton," katanya kepada BBC Sport.

"Kami telah bersama selama lapan musim, maka bukan mudah untuk saya menyesuaikan diri bersama pasukan baharu."