Ketua jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri, tidak berminat untuk berbincang mengenai kontrak Willian ketika pemain itu sedang dikaitkan dengan gergasi LaLiga, Barcelona.

Willian dilaporkan menjadi sasaran Barcelona dalam pra-musim dan terbaru, pemain kebangsaan Brazil itu telah berjaya menarik semula perhatian kelab tersebut.

Masa depan pemain berusia 30 tahun itu dibincangkan selepas Chelsea meraih kemenangan 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Newcastle United.

Apabila salah seorang wartawan bertanyakan mengenai Willian -- yang memiliki kontrak sehingga 2020 -- hanya diberikan tawaran satu tahun, Sarri terus menghentikan wartawan tersebut.

"Henti, henti, henti. Saya tidak tahu mengenai kontrak Willian, saya juga tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan ini," kata Sarri.

"Mungkin dia memiliki kontrak selama 12 tahun, saya tidak tahu. Saya tidak memiliki gambaran penuh. Anda cuba membuat saya bercakap perkara di luar pengetahuan saya.

Sarri berkata lagi, "Anda mengetahui bahawa Willian adalah pemain yang penting buat kami, seperti apa yang saya katakan sebelum ini.

"Pada pendepat saya, Willian harus kekal bersama Chelsea. Pemain yang penting, sama seperti Pedro. Callum Hudson-Odoi juga dalam pembikinan menjadi pemain yang penting buat pasukan.

"Dengan Eden Hazard bertindak selaku penyerang, kami memerlukan pemain sayap. Jadi, kami perlukan semua pemain, termasuk Willian."