Pengurus West Brom, Tony Pulis, berkata Saido Berahino masih belum bersedia dari segi mental dan fizikal untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas beberapa tawaran daripada Tottenham pada September 2015 telah mengejutkan penyerang itu selama 12 bulan,Berahino menyalahkan tekanan daripada media merupakan punca utama kejatuhannya.

Pemain berusia 23 itu hanya tampil dalam beberapa perlawanan untuk The Baggies musim ini -- kali terakhir dia beraksi ketika West Brom mencatat kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth pada 10 September.

Pada November, dia telah di hantar ke Perancis untuk mempertingkatkan semula tahap kualiti permainannya, namun masih jauh untuk mencapai tahap terbaik.

"Berahino masih berusaha untuk mengembalikan rentak permainannya, kami sangat memerlukan dia untuk mengharungi baki perlawanan musim ini," kata Pulis.

"Dia masih belum bersedia fizikal dan mental untuk berada di dalam kesebelasan utama pasukan."