Benam Liverpool punca kebangkitan Leicester 

By Staff Writer 2 April 2017
Benam Liverpool punca kebangkitan Leicester 
LEICESTER CITY 2 STOKE CITY 0

Craig Shakespeare percaya kemenangan pertamanya mengendalikan Leicester City ketika bertemu Liverpool merupakan faktor prestasi cemerlang The Foxes.


Selepas meraih kemenangan ke atas Hull City, West Ham dan Stoke City, Shakespeare kini merupakan satu-satunnya pengendali Britain yang memenangi empat perlawanan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Tiga mata lagi berjaya dipungut oleh Leicester ketika menewaskan Stoke 2-0, dengan Shakespeare berkata prestasi cemerlang bermula ketika Leicester menewaskan Liverpool dalam aksi pertamanya mengendalikan pasukan selepas diberi mandat menggantikan Claudio Ranieri.

"Keputusan perlawanan pertama sangat penting untuk mendapatkan keyakinan pemain-pemain serta meningkatkan semula semangat mereka," katanya.

"Saya sangat berbangga dengan pencapainan ini, setiap individu di dalam pasukan telah memberikan yang terbaik."

Empat kemenangan berturut-turut telah menjarakkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu daripada zon penyingkiran tetapi Shakespeare perlu memberikan fokus kepada aksi sterusnya berdepan Sunderland.

"Saya percaya kami mampu meningkatkan lagi mutu permainan ketika bertemu Sunderland."

About Author

Staff Writer

Comment