Barry: Leicester sudah hilang aura

By Sacha Pisani 28 December 2016
Barry: Leicester sudah hilang aura

Pemain tengah Everton, Gareth Barry, percaya penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Leicester City, tidak lagi digeruni seperti musim lalu.

Leicester mengejutkan dunia sukan dengan kejayaan memenangi kejuaraan liga musim lalu tetapi skuad kendalian Claudio Ranieri gagal untuk mengulangi kejayaan mereka pada musim 2016-17 selepas tewas 2-0 kepada Everton dan kini menghampiri zon penyingkiran.

"Mereka bukan lagi pasukan yang sama seperti musim lalu," kata Barry. "Bola sepak memerlukan keyakinan.

"Memang sukar untuk mengulangi kejayaan mereka musim lalu. Perkara sebegini berlaku sekali dalam seumur hidup.

"Mereka cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) tetapi prestasi dalam saingan liga tidak sama seperti musim lalu tetapi mereka tidak boleh melupakan pencapaian mereka.

"Kami menyedari jika kami berjaya menemui rentak permainan kami dan bertahan dengan baik, kami mampu meraih tiga mata penuh."

Leicester akan menerima kunjungan West Ham pada Sabtu manakala Everton akan bertandang ke Hull City pada Jumaat.

 

About Author

Sacha Pisani

Comment