Ross Barkley mahu Everton mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di atas Liverpool musim ini.

Berbekalkan rekod tanpa kalah buat tahun 2017, The Toffees mampu merapatkan kedudukan dengan Liverpool jika menewaskan Sunderland di laman sendiri hari ini.

Barkley telah menjaringkan empat gol dan menghasilkan lima bantuan jaringan buat Everton dan pemain berusia 23 tahun itu yakin mereka mampu mengatasi The Reds dalam saingan liga.

"Kami mampu melakukannya (mengakhiri saingan di atas Liverpool)," kata Barkley kepada Sky Sports.

"Setiap pemain Everton perlu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam setiap perlawanan bagi merealisasikan sasaran kami itu kerana kehilangan mata mampu melenyapkan harapan kami."

Pengurus Everton, Ronald Koeman, memberitahu Sky Sports pada Disember lalu bahawa Barkley perlu mempertingkatkan mutu permainannya serta konsisten dalam setiap perlawanan jika mahu menjadi pemain yang berkualiti.

"Saya telah banyak beraksi pada usia muda dan ia telah membantu untuk mematangkan permainan saya. Kini saya berkomunikasi dengan lebih baik ketika perlawanan serta di dalam sesi latihan."