Penjaga gol Manchester City, Claudio Bravo, percaya bekas pasukannya, Barcelona, jauh lebih besar berbanding gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain berusia 33 tahun itu berhijrah ke City pada Ogos dengan nilai perpindahan mencecah GBP17 juta (RM92 juta).

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Chile itu berkata dia tidak berasa ragu-ragu akan kedudukan kedua-dua pasukan itu dalam dunia bola sepak.

"City sama seperti Barcelona, tetapi berdasarkan magnitud, Barcelona jauh lebih besar," Bravo memberitahu TVN.

Bravo telah mengharungi prestasi turun-naik bersama The Citizens, yang ketika ini menghuni tangga ketiga Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, dia melontarkan pujian terhadap pengendali, Pep Guardiola, dengan berkata: "Pada saya, dia adalah jurulatih terbaik dunia.

"Dia juga seorang yang jujur dan ikhlas. Kamu boleh bertanyakan apa sahaja kepadanya."