Neymar percaya Barcelona masih berpeluang mengejar Real Madrid dalam perebuatan kejuaraan LaLiga musim ini.

Madrid ketika ini mendahului Barcelona dengan satu mata tetapi masih kekurangan dua perlawanan.

Bagaimanpun, Neymar kekal optimis.

"Saya tahu ia sukar dilakukan tetapi tiada apa yang mustahil," katanya. "Tahun lepas kami mendahului liga dengan 12 mata.

"Perlawanan masih banyak. Apa sahaja boleh berlaku tetapi kami perlu mengekalkan fokus, kami dahagakan kejuaraan," ujar Neymar.

Bintang Brazil itu turut yakin dengan objektif pasukan itu musim ini sambil mengiktiraf LaLiga sebagai liga terbaik di Eropah.

"Pada saya, liga terbaik ketika ini adalah LaLiga," tambahnya.

"Kelab Sepanyol telah mengungguli hampir kesemua kejohanan berprestij di Eropah, terutama dalam tempoh tiga tahun ini. Kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bertukar tangan di antara Real Madrid dan Barcelona.

"Sevilla pula juara Liga Europa, jadi saya berpendapat bola sepak Sepanyol berada di tahap lebih tinggi berbanding liga lain."