Permainan Ballr telah dilancarkan dengan rasminya minggu lepas.

Ramai pemain Malaysia telah memenangi jersi bola Premier League minggu lepas, tahniah buat semua yang berjaya. Namun begitu, tahniah khas disimpan buat seorang pemain Malaysia yang telah memenangi tempat pertama keseluruhan dari semua negara yang bertanding!

Tahniah Syahrul Nellis yang telah memenangi jersi Manchester United yang ditandatangani khas oleh Wayne Rooney! Jika beliau berjaya, anda semua pasti juga boleh berjaya! Saya berazam untuk mewawancara beliau untuk artikel seterusnya dengan harapan beliau membantu kita semua dengan tips-tips yang berharga.

Sementara kita menunggu, inilah beberapa tip amatur dari saya. Pasti ramai yang telah bermain dalam minggu pertama telah tahu semua ini, tapi inilah yang saya ada setakat ini:

1. Sambungan internet anda perlu kuat! Cuba bayangkan, anda menunggu sehingga minit terakhir untuk memlih pemain untuk slot lima minit yang seterusnya, tiba-tiba sambungan tersekat, dan slot seterusnya akhirnya gagal dipenuhi. Anda pasti meroyan (sekurang-kurangnya lima minit!)

2. Telefon pintar anda perlu mempunyai pemproses yang baik. Ballr adalah permainan live dan skrin akan sentiasa refresh. Kejadian lagging tidak akan membantu usaha anda memiliki jersi.

3. Apabila pasukan anda sedang hangat bermain defensif, memilih striker yang tidak membantu dari segi pertahanan tidak akan mendapat mata yang diperlukan kecuali pasukan anda mempunyai kebolehan counter-attack yang kuat.

4. Slot 9 dan 18 akan memiliki 5 minit serta beberapa minit tambahan yang diberikan oleh pengadil. Pastikan anda merancang untuk menggunakan pemain yang akan sepenuhnya.

5. Pemain substitute biasanya akan menyerlah walau bagaimana situasi. Walaupun pengurus membawa masuk defender untuk mempertahankan jaringan gol, mata akan diperolehi dari segala kerja defensif yang mereka lakukan.

6. Sesetengah pemain biasanya diganti lebih dari yang lain. Pastikan anda menggunakan pemain-pemain ini awal dalam setengah masa kedua (jika anda mahu menggunakan mereka). Agak sakit hati apabila kita telah memilih seorang pemain untuk slot lima minit yang seterusnya, tetapi seminit selepas itu dia digantikan. Ini terjadi pada saya dengan Mata, dan saya menghabiskan lima minit mengutuk Mourinho!

7. Tiada mata diberikan jika pasukan anda tidak bolos gol. Ini adalah kerana permainan Ballr ini berdasarkan sumbangan inidivdu. Mana-mana pemain anda pilih tetap akan mendapat mata untuk segala kerja defensif yang mereka lakukan, sama ada save, block, tackle dan sebagainya.

Berikut adalah screenshot markah yang diperolehi sebagai contoh:



Seperti juga fantasi football yang biasa, gol yang dijaringkan oleh defender akan memperolehi lebih banyak mata, seperti yang kita lihat untuk Alfie Mawson dalam screenshot di atas.

Ya, pemain anda boleh langsung tidak mendapat mata (Federico Fernandez) sekiranya mereka langsung tidak menyentuh bola. Dan mereka juga boleh mendapat markah negatif (Martin Olsson).

Markah negative paling tinggi adalah untuk own gol yang dijaringkan penjaga gol atau striker, -646,674 mata! Setinggi mana mata anda sekalipun sebelum ini, jika anda salah memilih pemain yang menjaringkan own gol, harapan anda pasti kecundang, jadi berhati-hati!

Itu sahaja buat kali ini. Peringatan: App Ballr masih lagi baru jadi pastikan anda membuat update setiap kali app update disediakan. Sekiranya anda belum lagi muat turun app ini, jangan tunggu, muat turun sekarang!

Kita jumpa lagi dalam artikel akan datang. Mari kita pastikan setiap minggu juara keseluruhan dimiliki rakyat Malaysia!