Ballr: Era baru bermula

By Azmin Mohd Khalib 16 March 2017
Ballr: Era baru bermula

Di laman Facebook Stadium Astro baru-baru ini kelihatan promosi permainan online yang bernama Ballr. Ballr? Apa itu Ballr?

Ballr adalah evolusi terbaru dalam sukan fantasi, membawanya ke aras baru. Jika dahulu, anda hanya boleh membuat keputusan sebelum perlawanan bermula, sekarang, anda perlu sentiasa aktif ketika perlawanan, mengkaji arus dan situasi permainan, dan sedia menukar pemain setiap lima minit.

Menarik? 

Anda perlukan telefon pintar untuk bermain. Muat turun aplikasi Ballr. Link ada dipapar di Facebook Stadium Astro,seperti berikut:

Daftar seperti biasa. Walaupun banyak liga tersenarai, buat masa ini, hanya Liga Inggeris yang boleh digunakan.

Pada hari permainan, pilih satu permainan. Anda hanya boleh memilih pemain dari satu pasukan sahaja untuk setiap permainan, jadi anda perlu membuat keputusan memilih pasukan untuk digunakan.

Sebelum perlawanan bermula, anda boleh memilih tiga pemain untuk tiga slot lima minit pertama perlawanan itu. Tetapi pastikan anda memilih pemain pertama untuk lima minit pertama sebelum perlawanan bermula. Slot lain hanya akan dibuka lima minit sebelum slot itu menjadi aktif.

Apabila setiap slot lima minit bermula, pemain yang dipilih akan mula mendapat mata. Bukan sahaja untuk gol, assist dan save, tetapi juga untuk setiap hantaran, tackle dan juga setiap sentuhan bola. Bukan sahaja itu, tapi juga cara gol itu dijaringkan, bagaimana gol diselamatkan, dan sebagainya! (link untuk jadual penuh pemarkahan di bawah)

Pada masa yang sama, slot lima minit seterusnya akan dibuka untuk pemilihan. Berhati-hati, sekiranya anda kehabisan masa dan belum memilih pemain untuk slot lima minit seterusnya, anda hilang peluang untuk menjana mata untuk slot tersebut. Ia akan dikunci, dan slot seterusnya akan dibuka. Betul, anda mahu menunggu selewat yang mungkin untuk memantau corak permainan, tetapi mungkin lebih baik anda berikan masa keselamatan 15 saat sebelum pemilihan ditutup.

Amaran: Setelah anda memilih pemain untuk satu slot, anda tidak boleh menukarnya, walaupun slot lima minit itu belum bermula.

Setiap separuh masa mempunyai 45 minit + masa tambahan. Ini bermakna untuk setiap separuh masa, anda boleh memilih 9 pemain (pilihan di slot 9 juga akan mendapat mata sewaktu masa tambahan). Untuk setiap separuh masa, anda hanya boleh memilih satu pemain sekali sahaja.

Kesimpulannya, untuk satu perlawanan, anda perlu memilih pemain untuk 18 slot.

Link jadual pemarkahan penuh: http://ballr.com/scoring/

Itu sahaja! Saya harap ia tidak begitu rumit. Ingat, ini bukan fantasy football yang traditional, jadi anda perlu mempunyai mentality yang lain untuk bermain. Perbezaan utama ialah anda memang perlu aktif sewaktu permainan berlangsung. Jika ada yang kurang faham, silalah bertanya saya sebarang soalan dan saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawabnya. Saya juga masih mempelajari permainanan Ballr ini. Sekiranya saya ada idea atau tips saya akan berkongsi tetapi ini yang saya ada setakat ini:

  1. Pasukan dengan lebih possession lebih berpeluang menjana mata lebih baik.
  2. Untuk pasukan yang setara, tuan rumah seperti pilihan yang lebih baik.
  3. Untuk awal perlawanan, permain midfield biasanya menjana mata yang lebih dari yang lain kerana permainan belum lagi panas.
  4. Memilih penjaring gol pada waktu yang tepat memang susah!

Pengalaman sendiri: Saya sangat bernasib baik kerana memilih Mawson untuk slot terakhir, iaitu slot 18 dalam perlawanan Swansea menentang Hull (dia berjaya menjaringkan gol dalam masa tambahan). Tetapi Hull menang, dan menguasai permainan, jadi pasukan Hull sepatutnya dipilih. Untuk perlawanan Liverpool menentang Burnley, saya gagal memilih Wijnaldum dan Can pada waktu yang sepatutnya.

Setakat yang saya tahu, Ballr belum lagi memberi senarai penuh pengutipan mata. Sekiranya saya ada berita, saya akan sampaikannya.

Ballr akan bermula akhir minggu ini, dan berikut adalah berita yang pasti menarik perhatian anda:

Beberapa permainan akan ada peluang memenangi jersi, dan saya boleh beritahu anda sekarang yang pasukan yang anda perlu memilih ialah pasukan Arsenal, Chelsea, Manchester United, Manchester City dan Liverpool. Kecuali Manchester City dan Liverpool, kesemua pasukan-pasukan di atas bermain pada waktu slot berbeza, maknanya anda memiliki 4 peluang untuk menang minggu ini! all the other teams are all on different time slots, so you will have four chances to win something this week! That’s right, there are separate prizes for each match involving the teams mentioned above!

Ada hadiah untuk dimenangi secara global (silalah ke laman Facebook Ballr untuk mendapat inspirasi), manakala ada yang dihadiahkan oleh Astro khusus untuk pemain dari Malaysia.

Jadi, jangan tunggu, muat turun Ballr app sekarang dan biasakan diri. Permainan pertama ialah Arsenal menentang West Brom. Bersedialah!

Inilah masa untuk Ballr. Live.

About Author

Azmin Mohd Khalib

Comment