Ballon d'Or: Ibrahimovic mampu ketepikan Messi, Ronaldo

By Amirul Azreen 4 March 2017
Ballon d'Or: Ibrahimovic mampu ketepikan Messi, Ronaldo

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berasakan Zlatan Ibrahimovic layak merangkul anugerah Ballon d'Or dan percaya pemain berusia 35 tahun itu mampu melakukannya tahun ini jika dia merangkul lebih banyak kejuaraan di Old Trafford.

Ibrahimovic sedang berada di tahap terbaik sejak menyertai United dari Paris Saint-Germain apabila telah pun menyumbat 26 gol dalam 38 penampilan musim ini di samping menjuarai Piala Sumbangsih dan Piala EFL.

Penyerang veteran itu masih belum mendapat tempat dalam kelompok tiga pemain terbaik dalam Ballon d'Or, namun Mourinho menyokong pemain itu mampu menamatkan dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

"Apa yang dia lakukan cukup mengagumkan," Mourinho memberitahu MUTV.

Tweet 1

"Jumlah gol yang telah dia jaringkan, dengan dua persembahan di Wembley, siapa dia dalam skuad United. Pada saya, dia pemain yang mengagumkan.

"Sukar untuk dipercayai bahawa pemain seperti Ibrahimovic tidak pernah memenangi anugerah Ballon d'Or.

"Mungkin musim ini dia mampu melakukannya jika dia melakukan sesuatu yang istimewa. Jika kami mampu mara ke final Liga Europa, saya rasa pemain berusia 35 tahun ini layak merangkul anugerah itu."

About Author

Amirul Azreen

Comment