Azpilicueta bangga dikaitkan dengan Barca

By Staff Writer 1 April 2017
Azpilicueta bangga dikaitkan dengan Barca
Cesar Azpilicueta berbesar hati selepas terdapat laporan menyatakan Barcelona mahu mendapatkan khidmatnya tetapi dia mahu terus beraksi untuk Chelsea.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu merupakan antara tonggak utama di barisan pertahanan sejak berhijrah dari Marseille pada 2012.

Persembahan Azpilicueta telah berjaya menarik minat gergasi LaLiga, Barca, tetapi dia mahu meneruskan persembahan cemerlangnya bersama Chelsea.

"Saya tidak mendengar berita seperti ini musim lalu. Ini merupakan antara perkara yang berlaku ketika anda sedang mengungguli Liga Perdana Inggeris (EPL), ia bermakna segala-galanya berjalan dengan lancar.

"Objektif saya adalah mahu berkembang menjadi seorang pemain yang berkualiti. Saya telah menyesuaikan diri dengan bandar dan  negara ini. Saya sangat selesa dengan bahasa Inggeris, keluarga saya juga gembira di sini.

"Buat masa ini, saya mahu memberikan yang terbaik untuk Chelsea."

Azpilicueta, yang telah menandatangani kontrak baru untuk kekal sehingga Disember 2020, bukan satu-satunya pemain yang telah dikaitkan dengan penghijrahan pada musim panas akan datang, dengan masa depan Eden Hazard dan Diego Costa juga terus menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, pertahanan Chelsea itu berharap dapat mengekalkan pemain-pemain berpengaruh untuk melakar lebih banyak kejayaan musim hadapan.

"Kami adalah sebuah pasukan yang kuat, rugi jika pemain-pemain utama meninggalkan pasukan. 

"Chelsea perlu menjuarai EPL musim ini, ia akan meredakan segala khabar angin melibatkan pemain-pemain kami."

About Author

Staff Writer

Comment