Pierre-Emerick Aubameyang percaya dia perlu meninggalkan Borussia Dortmund pada hujung musim ini untuk mencapai tahap seterusnya, namun meredakan spekulasi perpindahannya ke Real Madrid.

Tonggak Dortmund itu telah meledak 100 gol sejak menyertai gergasi Bundesliga itu dari Saint-Etienne pada 2013 dan dia tidak menyembunyikan hasrat datuknya untuk melihat dia menyarung jersi Madrid.

Aubameyang, yang turut dikaitkan dengan Manchester City, berpendapat pemergiannya dari Signal Iduna Park pada jendela perpindahan berikutnya menarik minatnya.

"Saya memikirkan perpindahan pada musim panas nanti," kata Aubameyang kepada RMC.

"Saya berasa seronok di sini kerana penyokong (Dortmund) begitu hebat sekali.

"Ini masih sebuah kelab besar. Tapi saya bertanyakan diri sendiri, andai saya mahu mencapai tahap seterusnya, patutkah saya pergi? Saya tiada jawapannya, ia memerlukan masa.

"Kalau saya meningkatkan tahap saya, saya perlu pergi pada musim panas ini. Adakah ia berbaloi atau tidak? Kita tunggulah tawarannya nanti.

"Kalau saya tak berhijrah, saya akan menamatkan karier saya diri sini. Saya perlu mengambil sedikit masa untuk berfikir."

Mengenai perpindahannya ke Madrid, Aubameyang berkata: "Kami mengetepikan Madrid, terlalu banyak cakap-cakap mengenainya.

"Dalam hidup ini bukan berkenaan Real semata-mata, meskipun ia merupakan satu impian.

"Ramai yang mahu melihat saya beraksi di England, tapi ia bukan pentas yang paling menarik minat saya.

"Cuma ia hanya menghulurkan langkah seterusnya buat saya. Saya menggemari saingan di Sepanyol. LaLiga sangat menarik minat saya.

"Liga Perancis sedang berkembang, ia sangat bagus. Saya sangat mengetahui selok-belok liga Perancis. Ia merupakan bahasa pertuturan saya dan ia boleh menjadi tarikan.

"Ia bukan pilihan utama tapi peluang kembali, tapi ia langkah yang tidak boleh dijangkakan."