Alexandre Lacazette menegaskan dia melihat Pierre-Emerick Aubameyang sebagawi kawan berbanding lawan walaupun kehilangan temapt dalam kesebelasan utama Arsenal.

Lacazette menyertai Arsenal pada Julai tahun lalu dari Lyon dan mencetak jaringan secara konsisnten dalam enam aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi persembahannya semakin morosot dan memaksa The Gunners mencari jalan dan menandatangani Aubameyang dari Borussia Dortmund.

Aubameyang kerap kali mengatasi Lacazette dalam perebutan kesebelasan utama, menjaringkan 10 kali dalam 13 perlawanan musim lalu.

Tetapi Lacazette tidak berasakan kehadiran Aubameyang sebagai satu ancaman, sebaliknya ia adalah persaingan yang sihat.

"Saya tidak berasakan ia tidak baik buat saya," katanya.

"Saya sangat gembira kerana dapat bergandingan bersama Aubameyang.

"Saya tidak melihat dia sebagai lawan tetapi lebih ke arah rakan sepasukan."