Arsenal pasukan pilihan juarai EPL -- Wenger

By Staff Writer 9 September 2017 6017
Arsenal pasukan pilihan juarai EPL -- Wenger
Arsene Wenger menegaskan Arsenal mampu untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini di sebalik permulaan yang hambar dan gagal untuk mendapatkan pemain-pemain berkualiti ketika jendela perpindahan baru-baru ini.

The Gunners memperoleh tiga mata setakat ini selepas menewaskan Leicester City tetapi Wenger percaya pasukannya -- yang tewas 4-0 kepada Liverpool sebelum aksi perlawanan antarabangsa -- adalah pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan liga.

Wenger terpaksa mengharungi detik yang sukar selepas gagal mendapatkan khidmat pemain Monaco, Thomas Lemar di samping kehilangan khidmat Alex Oxlade-Chamberlain yang menyertai Liverpool, tetapi beliau berjaya memastikan Alexis Sanchez tidak meninggalkan kelab di sebalik minat yang telah dipamerkan oleh Manchester City.

Dengan nada yang penuh dengan unsur negatif berlegaran di Stadium Emirates, Wenger melaungkan kata-kata semangat menjelang aksi berdepan Bournemouth.

"Adakah saya yakin bahawa Arsenal adalah pilihan untuk menjuarai EPL? Ya," katanya. 

"Mengapa tidak? Kami hanya baru beraksi tiga perlawanan dan dua daripadanya di tempat lawan.

"Ya, kami tewas kepada Liverpool tetapi kami mampu bangkit daripada kekalahan tersebut. 

"Saya berasakan kami mampu memberikan cabaran. Kami perlu mempamerkan aksi yang lebih baik dalam aksi seterusnya. Musim lalu kami meraih 75 mata dan memenangi Piala FA. Kami perlu meraih keputusan yang lebih baik."

Arsenal tidak menjuarai liga sejak 2004, ketinggalan 18 mata di belakang juara bertahan, Chelsea.

About Author

Staff Writer

Comment