Arsenal miliki kualiti untuk rangkul takhta liga - Cech

By Dejan Kalinic 9 November 2016
Arsenal miliki kualiti untuk rangkul takhta liga - Cech

Penjaga gol Arsenal, Petr Cech, percaya kualiti yang dimiliki pasukannya mampu meletakkan mereka sebagai pencabar utama takhta Liga Perdana Inggeris musim ini.

Skuad bimbingan Arsene Wenger berada di tangga keempat selepas tewas hanya sekali dalam saingan liga.

Cech, pemenang kejuaraan liga bersama Chelsea sebanyak empat kali, berasakan Arsenal berada di kedudukan yang baik untuk memenangi liga sejak 2004.

"Saya percaya kualiti yang dimiliki pasukan mampu membantu kami mencabar takhta liga," kata Cech kepada laman sesawang rasmi Arsenal.

"Kami tidak bernasib baik dengan kecederaan jangka masa panjang musim lalu, kami terpaksa menggunakan pemain yang sama sehingga kehabisan tenaga.

"Kami kehilangan mata kerana tidak boleh merehatkan pemain. Musim ini berbeza. Anda boleh lihat daripada keputusan dalam saingan liga serta Liga Juara-Juara, kami boleh merehatkan beberapa pemain dan masih lagi mampu menghasilkan kemenangan.

"Pengurus kami telah berjaya mengatur pemain dengan baik dan ia memberikan faedah kepada pasukan. Setiap pemain kelihatan cergas dan bersedia untuk beraksi."

Arsenal mengakhiri saingan di tangga kedua musim lalu, keputusan terbaik mereka sejak musim 2004-05.

About Author

Dejan Kalinic

Comment