Allison, Matip kembali berlatih bersama Liverpool

By Staff Writer 16 October 2019 340
Allison, Matip kembali berlatih bersama Liverpool
Liverpool menerima rangsangan membabitkan kecergasan dua tonggak utama menjelang kunjungan ke Manchester United berikutan Alisson Becker dan Joel Matip telah kembali menyertai latihan.

Penjaga gol itu diketepikan sejak mengalami kecederaan otot betis dalam kemenangan aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Norwich City .

Sementara itu, Matip pula mengalami kecederaan dalam kemenangan 1-0 ke atas Sheffield United yang menyebabkannya terlepas perlawanan dengan Salzburg dan Leicester City di gelanggang sendiri. 

Bagaimanapun, kedua-duanya sudah mula menjalani latihan di Melwood semalam, sebelum The Reds menuju ke Old Trafford, Ahad ini. 

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu kini mendahului takhta liga di depan pencabar terdekat, Manchester City, dengan lapan mata.

About Author

Staff Writer

Comment