Aksi perlawanan antarabangsa tiba tepat pada masanya - Ranieri

By Stephen Creek 6 November 2016
Aksi perlawanan antarabangsa tiba tepat pada masanya - Ranieri
LEICESTER CITY 1 WEST BROMWICH ALBION 2

Claudio Ranieri berkata aksi perlawanan antarabangsa tiba tepat pada masanya untuk Leicester City selepas mereka tewas 2-1 di laman sendiri kepada West Bromwich Albion.

James Morrison dan Matt Phillips meledak gol buat pasukan pelawat untuk mengakhiri rekod tanpa kemenangan sejak September manakala Leicester terpaksa menerima kekalahan pertama di Stadium King Power sejak 14 bulan lalu.

Keputusan ini menyaksikan Leicester hanya menang sekali dalam enam aksi Liga Perdana dan Ranieri mengakui pemainnya yang beraksi dalam Liga Juara-Juara memerlukan rehat.

"Ini bukan perlawanan yang baik buat kami. Kami tidak bernasib baik dan inilah yang dinamakan bola sepak. Kami perlu mengecaj semula tenaga kami," kata Ranieri.

"Kami gagal bersaing dengan mereka, West Brom memiliki kekuatan fizikal. Kami menghasilkan peluang, namun ia tidak mencukupi.

"Kami cuba bermain dengan gaya kami, tetapi kami gagal bermain dengan lancar dan sukar untuk mengawal bola. Kami perlu mencari jalan penyelesaian bersama."

About Author

Stephen Creek

Comment