WEST BROM 0 MANCHESTER CITY 4

Ilkay Gundogan berkata rakan sepasukannya, Sergio Aguero, sudah kembali menemui rentak selepas menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa kemenangan ketika membantu Manchester City membenam West Brom 4-0.

Lebih sebulan Aguero tidak menjaringkan gol buat City sebelum meledak dua gol di The Hawthorns.

Terdapat beberapa spekulasi bahawa berlaku ketegangan di antara pemain itu dan pengurus pasukan, Pep Guardiola.

Tetapi Guardiola mengesahkan beliau tidak ada masalah bersama Aguero dan memberitahu akan menurunkan penyerang Argentina itu berdepan Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara minggu ini.

Gundogan, yang juga menjaringkan baki dua gol buat The Citizens, berkata Aguero kini telah menemui rentak.

"Dia merupakan pemain yang memerlukan keyakinan dalam permainannya," kata Gundogan.

"Anda dapat lihat berdasarkan beberapa sesi latihan sebelum ini yang menyaksikan dia telah menemui rentak permainan dan dia telah mengulanginya ketika berdepan West Brom.

"Dia banyak berlari, bekerja keras setiap masa. Dia merupakan pemain yang penting buat kami."