Aguero harus 'selesaikannya' sendiri -- Guardiola

By Dejan Kalinic 21 February 2017
  Aguero harus 'selesaikannya' sendiri -- Guardiola
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menegaskan dia memiliki kepercayaan ke atas penyerangnya, Sergio Aguero, menjelang aksi Liga Juara-Juara dengan AS Monaco, awal pagi esok.  

Dengan khidmat Gabriel Jesus terpaksa diketepikan akibat kecederaan, Aguero hampir pasti dipertaruhkan untuk aksi di Stadium Etihad itu nanti. 

Tonggak kebangsaan Argentina itu terpaksa berjuang untuk merebut tempat utama sehingga mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya di Manchester. 

Guardiola berkata ia terpulang kepada pemain berumur 28 tahun itu untuk menambah bilangan 18 gol yang telah disumbatnya musim ini. 

"Pemain yang menjaringkan gol, ia membabitkan bakat, naluri, pergerakan dan bagaimana mereka mencipta ruang," kata pengurus berbangsa Sepanyol itu. 

"Ia bukan dalam kawalan. Dia harus melakukannya sendiri. Sergio berpengalaman luas. Dia tahu, semua orang pun tahu. 

"Saya tahu apa yang dia cuba lakukan, tanpa bola dan dengan bola. Kami akan berbincang, seperti mana dengan rakan sepasukannya untuk meyakinkannya dalam dua perlawanan ini."

Guardiola mendambakan kejayaan di pentas Eropah sekalipun City bakal berdepan dengan ujian daripada pendahulu Ligue 1 itu yang telah menjaringkan 76 gol dalam 26 perlawanan. 

"Ia salah satu pentas saingan yang paling menarik untuk beraksi, mungkin bukan paling penting, tapi paling menarik dan kami perlu melakukan yang terbaik."

About Author

Dejan Kalinic

Comment