Legenda Liverpool, Jamie Carragher, berseloroh bahawa dia adalah dalang mengapa Romelu Lukaku enggan menandatangani kontrak baru untuk kekal di Everton.

Kontrak semasa Lukaku bersama The Toffees bakal tamat pada Jun 2019 dan pengurus, Ronald Koeman, menegaskan bahawa penyerang kebangsaan Belgium itu sudah bersedia untuk menandatangani kontrak jangka masa panjang.

Bagaimanapun, terdapat beberapa laporan yang mencadangakan Lukaku telah menolak tawaran Everton kerana sudah bersedia untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan.

Carragher baru-baru ini telah bertemu Lukaku untuk sesi temubual di Finch Farm dan memberikan jawapan laporan mengenai kontrak yang ditolak oleh pemain berusia 23 tahun itu.

Ejen Lukaku, Mino Raiola, sebelum ini memberitahu kontrak Lukaku sudah selesai 99.9 peratus, namun kelab itu kini dalam keadaan membimbangkan kerana bakal kehilangan penyerang itu yang menjaringkan 19 gol musim ini.

Lukaku menyertai Everton untuk jangka masa panjang dari Chelsea pada Ogos 2013, sebelum menandantangani kontrak secara tetap pada Julai 2014 dengan rekod perpindahan bernilai GBP28 juta (RM151 juta). Dia kini telah menaringkan 73 gol dalam 147 penampilan.