Pep Guardiola berkata Kevin De Bruyne "tahu di mana saya" jika dia memiliki masalah ketika digantikan dalam aksi Manchester City mengatasi Burton Albion, Rabu lalu.

Pemain tengah Belgium itu dikeluarkan kurang daripada tempoh satu jam waktu permainan ketika City meraih kemenangan 9-0 ke atas Burton, sekali gus memastikan slot final Piala EFL.

De Bruyne, yang membuka jaringan selepas lima minit, meninggalkan padang dan kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Ada laporan mencadangkan dia berang apabila tidak diberikan peluang untuk meneruskan permainan bagi mendapatkan tahap kecergasan selepas diketepikan lama ekoran kecederaan lutut.

Guardiola, yang bakal menyaksikan skuad pimpinannya berdepan Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok, menggalakkan De Bruyne untuk berbincang terus bersamanya mengenai isu tersebut.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku, dia tidak bercakap dengan saya, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku," kata Guardiola.

"Dia mengetahui di mana saya jika dia memiliki sebarang masalah."

De Bruyne hanya beraksi selama 194 minit bagi musim ini selepas tidak tampil dalam hanya satu perlawanan EPL musim lalu.