32 penampilan tanpa menang buat Gestede

By Staff Writer 15 January 2017
32 penampilan tanpa menang buat Gestede

Pemain paling tidak bernasib baik, Rudy Gested melakar rekod baru di pentas Liga Perdana Inggeris dalam aksi sulungnya bersama Middlesborough pada Sabtu selepas di bawa masuk sebagai gantian berdepan Watford yang berkesudahan 0-0.

Menggantikan Christian Stuani pada minit ke-65, bekas penyerang Aston Villa dan Cardiff City itu gagal menggugat gawang The Hornets di Vicarage Road.

Walaupun skuad kendalian Aitor Karanka berjaya mengekang asakan Watford terutamanya percubaan Tom Cleverley yang sekadar menggegar gawang, keputusan seri itu menghadirkan rekod yang tidak menggembirakan buat Gestede.

Penyerang kelahiran Benin itu sertai Villa pada Julai 2015 dari Blackburn Rovers namun Gestede hanya mampu melakar lima gol tatkala kelab itu disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris.

Dalam keputusan seri tanpa jaringan di Vicarage Road, Gestede menjadi pemain pertama untuk beraksi dalam 32 perlawanan di Liga Perdana Inggeris tanpa sebarang kemenangan.

About Author

Staff Writer

Comment