Pengalaman Farah di Eropah mampu bantu skuad negara

By Staff Writer 21 May 2019 853
Pengalaman Farah di Eropah mampu bantu skuad negara
Penjaga gol skuad hoki negara, Farah Ayuni Yahya, yang mempunyai pengalaman bermain dalam Liga Eropah optimis mampu memperkasakan pasukan kendalian Dhaarma Raj Abdullah itu bagi menghadapi saingan Akhir Siri Hoki FIH wanita 2019.

Pemain yang pernah menerima status penjaga gol terbaik Asia itu menganggap pengalamannya beraksi bersama kelab hoki East Grinstead memberi kemampuan buatnya membaca taktikal pihak lawan.

Farah sedia menggalas tanggungjawab negara meskipun mengakui ia sukar apabila perlu merebut gelaran sekurang-kurangnya naib juara dalam kejohanan itu susulan situasi skuad The Tigress yang kini berada di tangga ke-22 dunia.

Bagaimanapun, Farah percaya skuad kebangsaan mampu memberi kejutan dalam saingan Kumpulan A yang bakal berdepan dengan Ireland, Republik Czech dan Singapura.

“Bukan senang apabila beraksi dalam liga kedua terbaik di sana. Bagi saya, ia dapat membantu pasukan saya daripada segi permainan yang laju dan juga taktikal serta pembacaan ketika lawan cuba menjaringkan gol,” ujar Farah.

“Semua pemain, termasuk Farah, memang saya lihat pasukan berada di tahap berlainan. Buat masa sekarang, ia sememangnya berbeza tetapi saya tidak tahu apa akan berlaku nanti kerana lawan yang bakal dihadapi memang hebat iaitu Ireland tetapi kami juga semakin bagus,” kata Dhaarma.
 

About Author

Staff Writer

Comment