Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) terpaksa memendekkan tempoh Liga Hoki Malaysia kepada enam minggu sahaja bermula Januari depan demi membantu skuad kebangsaan menghadapi pusingan kedua Liga Dunia di Trinidad & Tobago.

Tempoh enam minggu tersebut melibatkan lapan pasukan.

Itu keputusan KHM bagi memberi lebih masa kepada skuad kebangsaan kendalian Stephen van Huizen membuat persiapan terbaik sebelum menghadapi cabaran di Trinidad & Tobago yang juga merupakan Kelayakan Piala Dunia 2018.

Liga Hoki Malaysia, yang sepatutnya akan berlangsung dari 6 Januari hingga 26 Februari, akan menyebabkan skuad kebangsaan mempunyai tempoh kurang sebulan untuk membuat persiapan.

"Kami masih ada lebih kurang tiga minggu sebelum skuad kebangsaan berangkat ke Trinidad.

"Kami sudah berbincang dengan jurulatih sukan berprestasi tinggi dan memutuskan ini adalah jalan terbaik untuk masa akan datang," jelasnya.

Malaysia perlu meraih sekurang-kurangnya kelompok tiga terbaik untuk layak ke separuh akhir Liga Dunia sama ada di London, England atau Johannesburg.

The Malaysian Hockey Tigers bergelut dengan jadual padat pada musim ini sebelum meraih tangga ketiga Trofi Juara-Juara Asia di Kuantan, Pahang, minggu lalu.

Malah, beberapa pemain tidak mendapat rehat apabila diarah meneruskan cabaran Piala Sultan Johor yang sedang berlangsung.