Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Roelant Oltmans, sedang menjalankan rundingan untuk mengadakan aksi persahabatan dengan kelab gergasi Belanda, Bloemendaal HC, selepas Perancis menolak tawaran pasukan kebangsaan.

Oltmans memiliki perancangan berbeza dalam mempersiapkan pasukan bagi menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di London nanti bagi menghadapi saingan playoff kelayakan Sukan Olimpik Tokyo, 3 November depan.

Ketika ini, dia merancang untuk mengadakan program latihan di Perancis tetapi terpaksa diubah dengan menentang sekurang-kurangnya dua kelab dari Belanda, termasuk pasukan paling berjaya di sana, Bloemendaal, selaku bekas juara Liga Eropah.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.