Adrian Andy Albert berdepan cabaran sukar untuk mencipta penampilan antarabangsa pertama dalam program jelajah Eropah bulan depan selepas dipanggil menyertai skuad kebangsaan bagi menggantikan penjaga gol simpanan, Hairi Abdul Rahman, yang mengalami kecederaan lutut.

Ia merupakan peluang terbaik buatnya untuk memanfaatkan peluang itu dan Adrian ternyata terkejut dengan peluang berkenaan yang hadir secara tiba-tiba.

"Sebenarnya, saya agak terkejut juga apabila jurulatih memanggil saya menyertai pasukan.

"Mungkin dia melihat prestasi saya dalam singan liga, namun ia tetap mengejutkan saya.

"Sangat sukar untuk merebut tempat kerana legenda Malaysia, S. Kumar, sudah kembali manakala Hafizuddin (Othman) juga ada dalam pasukan.

"Kesemua mereka mempunyai penampilan antarabangsa tetapi saya tidak.

"Namun, saya berjanji akan terus memberikan saingan untuk merebut tempat," katanya.