Sebanyak 14 pasukan mengesahkan penyertaan dalam kategori lelaki Liga Hoki Perak TNB/QUEST 2018 yang akan bermula di Stadium Azlan Shah, esok.

Pasukan-pasukan itu adalah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Old Andersonian, USAS Hornets, Anderson Tiger, Landak Hoki Muallim, dan Kerian Hockey Team.

Turut serta ialah Quest International University Perak (QIUP) Eagles, Politeknik Ungku Omar (PUO), Venom HT, Seri Putra, Manjung Hockey Team, Anderson PUMA dan Venom Mamba.

Kategori wanita disertai lima pasukan, iaitu RPS Bravo, Jatian Hockey Team, Highlanders, Quicksilver dan Landak Hoki Muallim.

Setiausaha Persatuan Hoki Perak (PHP), S. Selvakumaran, berkata kejohanan itu akan berlangsung selama tiga hari.

Katanya, kategori lelaki dibahagikan kepada empat kumpulan dengan juara setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir sementara kategori wanita dijalankan secara liga satu kumpulan. Dua pasukan teratas layak ke final.

Pertembungan RPS Bravo dengan Jatian Hockey Team serta pertemuan Highlander dan Quicksilver di padang 1 dan 2 Stadium Azlan Shah bakal menyingkap tirai kejohanan pada jam 3.00 petang esok

Perlawanan Anderson Tiger dengan Landak Hoki Muallim membuka tirai bagi kategori lelaki.