Tujuh pasukan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan E-Sukan Asia Tenggara, November depan, dengan kapten Frostfire, Nor Aiman Nor Azham, terkejut dengan kejayaan pasukannya yang baru dibentuk semula 10 bulan lalu.

Final E-Sukan peringkat kebangsaan membabitkan 200 pasukan gergasi seluruh negara.

Lima acara ditawarkan, iaitu Dota2, CS:GO (Counter Strike: Global Offensive), Hearthstone, Starcraft 2 dan Vain Glory dengan juara setiap kategori akan mewakili negara ke saingan Asia Tenggara, November depan.

Antara yang mencuri tumpuan, Frostfire yang baru dibentuk semula selepas mengalami perpecahan tahun lalu, namun tetap berjaya muncul juara CS:GO menewaskan VG Antrhrax 2-0 dalam final.

"Saingan antarabangsa memerlukan masa untuk membuat persiapan. Sebelum ini, terdapat pasukan Malaysia yang bersaing tetapi perlu berehat seketika untuk meneruskan pembelajaran," kata Aiman.

Apa yang menarik, tujuh wakil negara, termasuk dua pasukan wanita, berpeluang merebut hadiah keseluruhan RM620,000 dalam saingan Asia Tenggara nanti.