Kuala Lumpur Hunters kekal di tangga tertinggi eSukan Malaysia

By Aiman Sabri 31 March 2017 2381
Kuala Lumpur Hunters kekal di tangga tertinggi eSukan Malaysia

Kuala Lumpur Hunters (KLH) menjuarai The Legends Circuit Malaysia (TLC) 2017 dalam Grand Final di Prangin Mall, Pulau Pinang.

Dalam acara eSukan terbesar negeri itu, KLH membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM40,000 dan akan mewakili Malaysia dalam kejohanan peringkat Asia Tenggara, Garena Premier League (GPL), untuk League of Legends.

Pasukan teratas daripada GPL akan layak ke kejohanan antarabangsa seperti MSI, The International Wildcard dan World Championship.

KLH mengalahkan pihak lawan mereka, Swestic, dengan kiraan mata 3-0.

Ramai yang tertumpu kepada Kirino dari Swestic, pemain muda berbakat dan dianggap mampu untuk mengalahkan KLH.

Walaupun Kirino memberikan prestasi yang terbaik, dia tidak mampu untuk menumbangkan kehebatan KLH.

Di bawah bimbingan pengurus KLH, Crowe, ahli pasukan KLH yang dibarisi Shiro, Qaspiel, Arrhedge, CO4, Bipolar dan CoolKitty mampu mengalahkan pihak lawan mereka dengan konsisten.

Impak ini, seiring dengan impak pengurus bola sepak seperti Alex Ferguson, Arsene Wenger dan Jose Mourinho, mengekalkan prestasi pasukan mereka sebelum perlawanan bermula.

Pengurus KLH, Crowe berkata, “Kami berlatih setiap hari selama berjam-jam dan usaha kami semuanya bernilai kerana kami sukakan permainan ini. Gelaran pasukan nombor satu di Malaysia adalah satu penghormatan yang tidak terhingga.”

Pengurus Produk League of Legends Garena, Justin Lye, berkata, “Prestasi yang konsisten adalah cabaran terbesar bagi mana-mana pasukan eSukan. KLH membuktikan mereka konsisten dengan kemenangan 3-0 ke atas pihak lawan mereka sewaktu TLC Grand Final. Kami tidak sabar untuk menunggu persembahan mereka dalam GPL dan berharap mereka boleh membuat Malaysia bangga.”

Di bawah merupakan video highlight buat The Legends Circuit 2017



About Author

Aiman Sabri

Comment