Zinedine Zidane menggesa Isco supaya menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid selepas mempamerkan kualiti yang dimilikinya ketika meraih kemenangan dalam saingan LaLiga ke atas Alaves.

Masa depan Isco menjadi perbualan utama di Santiago Bernabeu selepas terdapat laporan yang mencadangakan dia mungkin berhijrah ke Barcelona selepas kontraknya tamat pada 2018.

Perbincangan mengenai kontrak pemain berusia 24 tahun itu tergendala selepas Isco menegaskan dia mahu lebih kerap diturunkan dan dia telah mempamerkan aksi sebenarnya ketika membantu Real menewaskan Alaves di laman sendiri.

Isco menjaringkan gol kedua pada minit ke-85 -- gol kelimanya selepas enam penampilan dalam saingan liga dan merupakan pemain paling berpengaruh sepanjang perlawanan.

Zidane mahu Isco menandatangani kontrak baru untuk terus kekal menyarung jersi Los Blancos.

"Saya mahu dia melanjutkan kontraknya sebagai pemain Real kerana dia adalah pemain yang penting buat kami," kata Zidane.

"Perkara yang mahu dilakukan oleh Isco adalah bermain bola sepak, saya gembira dengan persembahannya."