Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Marco Verratti, memberikan komitmen sepenuhnya kepada juara Ligue 1 itu, namun perbincangan pada penghujung musim akan menentukan masa depannya.

Pemain kebangsaan Itali itu sering kali dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan Paris selepas laporan menyatakan Barcelona dan Chelsea berminat mendapatkan khidmatnya.

Verratti, yang berjaya membantu pasukannya meraih kemenangan 4-1 ke atas Monaco dalam aksi final Coupe de la Ligue serta memiliki kontrak sehingga pertengahan 2021, menjelaskan perbincangan bersama kelab akan diadakan pada penghujung musim ini.

"Saya memiliki kontrak selama empat tahun bersama PSG," katanya.

"Saya selesa berada di Paris. Setiap tahun, kami akan mengadakan perbincangan mengenai masa depan paukan ini."

Dua jaringan Edinson Cavani dalam separuh masa pertama dan satu gol daripada Julian Draxler dan Angel Di Maria membantu PSG meraih gelaran buat kali empat berturut-turut.