BARCELONA 3 REAL BETIS 4

Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde, kecewa dengan persembahan babak pertama pasukannya selepas tewas 4-3 kepada Real Betis di Nou Camp, semalam.


Lionel Messi -- yang membuat penampilan semula sejak patah lengan ketika berdepan Sevilla pada 20 Oktober lalu -- menjaringkan dua gol, namun tidak mampu untuk mengelak kekalahan kepada skuad bimbingan Quique Setien itu.

Persembahan yang huru-hara di barisan pertahanan membenarkan Junior, Joaquin, Giovani Lo Celso dan Sergio Canales menjaringkan gol -- kali pertama Barcelona bolos empat gol sejak tewas 4-2 kepada Deportivo La Coruna pada April 2003.

Dua jaringan pertama hadir apabila Gerard Pique dan Clement Lenglet gagal menutup ruang sebelum pemain Real Betis memanfaatkan peluang terhidang.

Valverde kecewa dengan aksi separuh masa pertama pasukannya dan menuntut peningkatan selepas tamat saingan perlawanan antarabangsa.

"Kami tidak boleh mengundur masa lagi, saya berharap Barcelona dapat meningkatkan lagi mutu permainan selepas berakhir saingan perlawanan antarabangsa," katanya.

"Barcelona gagal bermain cemerlang dalam separuh masa pertama dan mereka menggunakan kelebihan sebaik mungkin.

"Kami menyedari Barcelona tidak mendominasi permainan dan ia merupakan peluang pasukan lawan untuk mencipta sesuatu," katanya.