Jurulatih Jerman, Joachim Low, mencabar pasukannya agar meneruskan rekod sempurna mereka dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan layak ke pusingan akhir tanpa keciciran walaupun satu mata.

Die Mannschaft kini mendahului Kumpulan C dengan 12 mata maksimum setelah menjaringkan 16 gol tanpa balas dalam empat perlawanan pembukaan.

Low berada dalam keyakinan menjelang perlawanan Jerman menentang pasukan tempat ketiga, Azerbaijan, di Stadium Nasional Baku, awal pagi esok, berikutan prestasi kukuh pasukannya dalam kemenangan 1-0 ke atas England dalam aksi persahabatan di Dortmund.

Low berkata: "Objektif kami jelas. Kami ingin mendapatkan kelayakan untuk ke Piala Dunia tanpa keciciran sebarang mata.

"Setiap pemain cergas. Satu-satunya pemain dalam keraguan ialah Mesut Ozil. Kami akan menunggu sehingga selepas sesi latihan terakhir untuk membuat keputusan mengenainya."

Lukas Podolski, bermain dalam perlawanan terakhirnya bersama Jerman, menjaringkan gol kemenangan ke atas England dan Low berkata dia akan mendapatkan penyerang Wolfsburg, Mario Gomez, bagi memperkuatkan serangan menentang Azerbaijan.

Gomez telah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan terakhir dalam Bundesliga, tetapi dia tidak menjaringkan gol untuk Jerman sejak kemenangan 3-0 mereka ke atas Slovakia dalam Euro 2016.

"Mario Gomez akan bermula," kata Low. "Dia menyebabkan pertahanan dalam masalah dan telah menjaringkan gol untuk Wolfsburg."