Marc-Andre Ter Stegen menegaskan dia gembira di Barcelona selepas terdapat spekulasi melibatkan dirinya dengan perpindahan ke Manchester City musim hadapan.

Penjaga gol berusia 24 tahun itu berhijrah ke Nou Camp dari Borussia Monchengladbach pada 2014 dan merupakan pilihan kedua di belakang Claudio Bravo – kini berkhidmat bersama bekas pengendali Barca di City - dalam saingan LaLiga.

Kini Ter Stegen merupakan penjaga gol utama pasukan dan tidak memikirkan untuk meninggalkan Barcelona.

"Saya gembira di sini, bersama keluarga dan rakan sepasukan di Sepanyol," katanya.

"Saya berharap untuk memenangi lebih banyak gelaran di sini. Itu adalah objektif saya.

"Anda tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang, buat masa ini saya mahu kekal di sini."

Ter Stegen masih memiliki kontrak bersama Barcelona sehingga Jun 2019.