Walter Mazzarri telah menghidupkan semangat penyokong Watford yang mahu menyaksikan Isaac Success beraksi menentang Bournemouth malam ini, namun penyerang tersebut masih belum cergas sepenuhnya.

Success, 20, menyertai Watford pada hujung musim lalu dari Granada dengan rekod perpindahan kelab yang bernilai £12.5 juta (RM 66.91j).

Penampilannya sebagai pemain gantian sewaktu menentang Manchester United dan Burnley, mendapat perhatian dan terdapat pihak yang mencadangkan untuk menggantikan penyerang, Odion Ighalo, untuk mengetuai jentera serangan tetapi Mazzarri tidak pasti sama ada penyerang tersebut sudah cukup bersedia.

"Success merupakan pemain yang tidak melakukan persediaan secara menyeluruh bersama pasukan ketika musim panas," kata pengurus dari Itali itu. "Terdapat banyak perkara yang perlu kami pertimbangkan.

"Jika dia beraksi dalam kesebelasan utama, kami juga perlu mempertimbangkan sama ada dia akan beraksi 90 minit atau tidak.

"Kami mempunyai tiga pemain simpanan yang boleh digunakan dan kami perlu membuat keputusan siapa yang akan bermain dalam kesebelasan utama dan siapa yang akan berada di bangku simpanan.

"Saya bersetuju bahawa Success adalah pemain yang mempunyai kualiti dan apabila dia masuk sebagai pemain gantian, dia selalunya akan memberikan kesan yang besar kepada perlawanan."