Leonardo Spinazzola akan terlepas perlawanan persahabatan di antara Itali dan England, awal pagi esok, selepas mengalami kecederaan yang tidak dijelaskan dalam latihan.

Pemain pertahanan yang dipinjamkan Atalanta dari Juventus itu diharap dapat bermula di Wembley, dengan Luigi Di Biagio dijangka membuat beberapa perubahan daripada skuad yang tewas 2-0 kepada Argentina, Sabtu lalu.

Tetapi Spinazzola hari ini berasa tidak selesa semasa sesi latihan pertama dan selepas berunding dengan kelabnya, ia dianggap terbaik untuk menghantarnya kembali ke Itali.

Tiada pengganti yang akan dipanggil, membuatkan Di Biagio kekurangan seorang pemain untuk perlawanan keduanya selaku jurulatih sementara.