ENGLAND 0 JERMAN 0

Pengurus England, Gareth Southgate, memberikan pujian kepada pemain tengah, Ruben Loftus-Cheek, yang mempamerkan aksi cemerlang dalam aksi sulungnya ketika seri 0-0 dengan Jerman dalam aksi persahabatan di Wembley, semalam.


Loftus-Cheek, yang dipinjamkan di Crystal Palace dari Chelsea, tidak pernah beraksi dalam barisan tengah England dan dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan di atas persembahannya.

Southgate mengakui pemain berusia 21 tahun itu mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan aksi antarabangsa, bagaimanapun memuji persembahannya selepas berdepan pemain-pemain Jerman yang berpengalaman.

"Dia memberikan yang terbaik dalam perlawanan ini," kata Southgate.

"Loftus-Cheek mengambil masa yang lama untuk menyedari kebolehan sebenarnya untuk beraksi dalam skuad kebangsaan. Dia memerlukan lebih banyak keyakinan untuk terus mempamerkan aksi mantap.

"Dia memiliki kekuatan fizikal yang baik dan mampu mengawal bola dengan kemas. Saya sangat berpuas hati dengan persembahannya," katanya.