MALTA 0 ENGLAND 4

Gareth Southgate berasakan kesabaran pemain-pemain England telah dihadiahkan dengan kemenangan 4-0 ke atas Malta dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.


Harry Kane menjaringkan dua gol bagi saingan Kumpulan F itu manakala masing-masing satu lagi dihasilkan oleh Ryan Bertrand dan Danny Welbeck.

Bagaimanapun, England -- yang bakal berdepan Slovakia, Isnin ini -- bergelut untuk mendapatkan aksi terbaik pada separuh masa pertama di Stadium Nasional Ta' Qali sebelum Kane menjaringkan gol pada minit ke-53.

Southgate gembira dengan pemain-pemainnya yang telah memberikan yang terbaik bagi meraih tiga mata penuh.

"Kami mampu menjaringkan dua gol di awal permainan. Kami menyedari Malta akan cuba bertahan dan England menghadapi kesukaran untuk mencari gol," katanya.

"Tetapi kami telah mengawal bola dan berjaya menggugat permainan pasukan lawan untuk menembusi barisan pertahanan mereka bagi mencipta jaringan.

"Pemain-pemain terus mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan ia telah membuahkan hasil untuk kami."