Diego Simeone menegaskan Atletico Madrid perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ujian ketika bertemu Malaga menjelang penghujung fasa musim 2016-17.

Atleti telah diundi berdepan Leicester City bagi perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dan skuad bimbingan Simeone semakin hampir untuk memastikan mereka terus bersaing di Eropah musim hadapan, dengan menduduki tangga keempat dalam saingan LaLiga, ketinggalan dua mata kepada Sevilla.

Menjelang kunjungan bertemu Malaga, yang telah melantik Michel sebagai pengendali baru, Simeone berharap Atleti dapat menghasilkan keputusan positif.

"Kami memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Malaga -- kami mengetepikan perkara lain buat sementara waktu demi perlawanan ini," kata Simeone.

"Kami mahu hasilkan keputusan positif daripada perlawanan ini."

"Mereka adalah pasukan yang lengkap dan telah membuat penambahbaikan dalam tempoh 15 hari yang lepas (ketika aksi perlawanan antarabangsa). Kehadiran jurulatih baru semestinya memberikan nafas baru buat pasukan.

"Sukar untuk berdepan Malaga, terutama sekali bermain di stadium mereka. Kami benar-benar mengharapkan kemenangan daripada perlawanan ini."