Pengurus Sevilla, Jorge Sampaoli, yang dikaitkan bakal mengambil alih Barcelona musim hadapan, mendedahkan impiannya untuk bekerjasama dengan Lionel Messi.

Barcelona kini dalam perancangan bakal mendapatkan pengendali baru bagi musim hadapan dan Sampoli dilihat calon terbaik untuk menggantikan Luis Enrique.

Jika bekas jurulatih Chile itu mendapatkan tugas tersebut, beliau akan berpeluang untuk bekerjasama dengan pemenang Ballon d'Or lima kali, Messi -- sesuatu yang diimpikannya.

"Impian saya adalah untuk mengendalikan Messi setiap hari," kata Sampaoli.

"Dia seorang pemain yang unik. Saya tidak akan melepaskan peluang jika dapat bekerjasama dengan pemain terbaik di dunia."

Messi mengungguli carta penjaring terbanyak dengan 25 gol di kala Barca ketinggalan dua mata kepada seteru ketat, Real Madrid, yang berada di takhta liga dengan kelebihan satu perlawanan.

Bintang Argentina itu telah menjaringkan 41 gol dalam semua pertandingan musim ini.