PKNS FC 2 SARAWAK 3

Sarawak mengutip tiga mata berharga di Stadium Shah Alam selepas menundukkan PKNS FC, 3-2 dalam aksi Liga Super, petang tadi.

Skuad kendalian David Usop berada di depan seawal minit ke-18 menerusi tandukan Mateo Roskam.

PKNS kemudian bangkit pada babak kedua dan hasilnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Lucas Espindola pada minit ke-54.

Bagaimanapun, lima minit selepas itu Sarawak bangkit dengan gol kedua menerusi pemain import, Mark Hartmann.

Penyerang kelahiran England itu merembat deras menewaskan penjaga gol, Nor Haziq.

Hafiz Abu Bakar kemudian menghadirkan kelegaan buat pasukan pelawat apabila meledak gol ketiga pada minit ke-62.

PKNS kemudian menjadikan kedudukan 3-2 menerusi gol Safee Sali di hujung pelawanan, namun nyata sudah terlambat untuk menyuntik sebarang kebangkitan.

Ini merupakan kemenangan kedua Sarawak selepas enam perlawanan dalam Liga Super musim ini.

Keputusan itu meletakkan Sarawak kini di kedudukan kelapan liga dengan tujuh mata manakala PKNS FC kekal di kedudukan keenam.

Kedudukan kedua-dua pasukan dijangka akan berubah bergantung kepada saingan Liga Super melibatkan pasukan lain, malam ini.