Bos Portugal, Fernando Santos, memberitahu pemainnya agar bersedia untuk lima lagi perlawanan akhir apabila mereka berhasrat untuk menjamin tempat teratas Kumpulan B dalam kelayakan Piala Dunia 2018.

Juara Eropah itu menewaskan Hungary 3-0 dengan gaya meyakinkan awal pagi tadi untuk kembali merapatkan jurang tiga mata di belakang pendahulu kumpulan, Switzerland, yang sebelum itu menewaskan Latvia 1-0.

Ia adalah kemenangan keempat berturut-turut Portugal sejak mereka tewas 2-0 kepada Switzerland di Basel, September lalu, dan bermakna juara kumpulan itu masih memiliki lima perlawanan dalam tangan untuk bermain.

Santos berkata mereka mesti memenangi setiap baki perlawanan, termasuk menentang pasukan Vladimir Petkovic dalam pusingan akhir di laman sendiri, Oktober depan.

"Kami mempunyai enam perlawanan akhir. Dari sudut ini, kami mempunyai lima perlawanan untuk mencapai matlamat kami layak ke Piala Dunia dari tempat pertama dalam kumpulan kami," katanya kepada RTP.

"Hungary cuba menghalang jalan kami tetapi kami menyesuaikan diri dengan baik. Kami tidak membenarkan mereka ke depan dan bermain.

"Saya fikir kami tidak cekap dalam pergerakan pada separuh masa pertama. Kami sepatutnya melakukan lebih pantas, terutama di bahagian sayap.

"Dengan banyak bola di udara, menentang pemain yang berkaliber, ia sangat sukar.

"Selepas gol pertama, permainan tidak terkunci dan kami menemui rentak dengan lebih baik. Pada separuh masa kedua, kami sentiasa berada dalam kawalan.

"Ia adalah kemenangan yang adil, dengan beberapa perkara yang baik dan beberapa perkara yang boleh kami lakukan lebih baik. "