Rowley mahu sarung jersi Malaysia

By Staff Writer 9 October 2019
Rowley mahu sarung jersi Malaysia
Pemain tengah kacukan Malaysia-England, David Rowley, berharap dapat mengikut jejak Brendan Gan untuk menyertai skuad Harimau Malaya.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang sedang di kemuncak prestasi bersama Kedah dengan menjaringkan dua gol ke atas PKNP FC dalam suku akhir Piala Malaysia, mengakui semakin yakin dengan prestasinya.

Tambahnya, dia menjadikan Brendan sebagai pemain idolanya selepas tonggak tengah negara itu bangkit daripada pelbagai episod kecederaan serius sebelum ini

"Brendan pemain yang luar biasa.

"Dia bangkit selepas menjalani dua pembedahan lutut dan beraksi dengan amat baik sekarang.

"Dia menjaringkan gol yang cantik buat Perak.

"Sudah pasti saya mahu beraksi di sampingnya pada masa akan datang.

"Kita akan lihat apa yang bakal terjadi," katanya.

Rowley, yang dilahirkan di Brisbane, Australia, memperoleh kerakyatan Malaysia pada 2017 memandangkan ibunya berasal dari Malaysia dan bapanya dari England.

Dia pernah berkelana ke Jerman, Luxembourg dan Thailand sebelum menyertai PDRM tahun lalu.

About Author

Staff Writer

Comment